Thursday, September 9, 2010

Ramadhan Yang Pergi







Bismillahirrahmanirrahim..



Berdenyut-denyut rasanya kepala ini. Sudah beberapa hari saya berkeadaan begini. Entah kenapa kerap benar ia datang kali ini sedangkan saya jarang sakit kepala. Sedikit menimbulkan polemik dalam diri ini.


Tetapi ada polemik yang lebih besar sedang melanda diri ini. Ya, Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita semua beberapa jam yang lalu. Pelbagai persoalan bersarang dalam diri ini.

Terampunkah dosa-dosa ku ya Allah..

Terampunkah dosa-d0sa ibu bapa dan adik beradikku..

Allah terimakah amal puasa ku..

Berjaya atau tidak aku menundukkan nafsu..

Berjaya atau tidak aku ditarbiyah di bulan keagungan ini..

Lailatul Qadar...

Ya Allah..

Kerdilnya diri ini..

Kesedihan yang menyapa tatkala mendengar azan maghrib terakhir dalam bulan Ramadhan menjentik hati ini..ya Allah..Ramadhan telah berakhir..Terdetik rasa kesal yang amat, rasa belum cukup ku beramal di dalamnya..bulan yang penuh barakah..bulan keampunan..

Hadis nabi s.a.w yang saya bacakan di surau kampus saya untuk tazkirah asar ligat berputar dalam kepala saya.

"..barangsiapa yang tidak memperoleh keampunan di bulan Ramadhan (sedangkan
ianya bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan), maka dia tidak mendapat apa-apa..
"

Gerun saya 'dimuhasabahkan' oleh hadis berkenaan..Memori selama sebulan di bulan tarbiyah menjengah kembali..Ada yang manis tapi banyak yang pahit..Pahit kerana diri sendiri yang merencanakannya begitu..ya Allah, kesal tidak sudah..

Paling saya takuti andai dosa yang bergunung tinggi itu terampun atau tidak..naudzubillah..

Ada ulamak berpendapat, kalau amal fardhu atau sunat yang dilakukan di bulan Ramadhan pahalanya digandakan, begitu juga dengan amal buruk..dosanya juga digandakan..
Wa naudzubillah..

Gundah hati ini melihat sambutan generasi muda zaman sekarang merayakan perginya Ramadhan dan datangnya Syawal..

Benar Syawal itu tanda kemenangan selepas bermujahadah menentang nafsu dan sebagainya di bulan Ramadhan, tetapi benar-benarkah kita berjaya melepasi bulan tarbiyah dengan mumtaz, atau sekurang-kurangnya jayyid..atau sekadar makbul?

Tertarik dengan mesej yang dihantar rakan, "..Syawal itu hanya untuk orang yang berduka ditinggalkan Ramadhan.."

Tetapi kita (generasi muda) meraikan kehadiran Syawal seolah-olah Ramadhan adalah satu bulan penyeksaan..


FACEBOOK


Tak perlu lihat jauh, dalam rumah sendiri pun boleh tengok..bukak facebook, kita boleh tengok berapa ramai yang langsung tidak menghiraukan kemuliaan Ramadhan..gambar-gambar muda-mudi bermain futsal di saat umat Islam yang lain sedang berebut-rebut mengejar nikmat bertarawih, berpelukan tanpa ikatan yang sah, berpakaian sekadar menutup apa yang perlu..itu malam Ramadhan, apatah lagi malam 1 Syawal..
Orang lain asyik bertakbir memuji Allah, 'pemuda harapan bangsa' seronok bersorak dapat menjaringkan gol..'pemudi tiang agama' pula asyik berdansa dengan lagu-lagu raya, asyik bertukar siaran untuk mencari rancangan yang paling menarik untuk menjadi tontonan di malam raya sampaikan takbir raya pun tak sempat kedengaran di rumah..

Sedih!Sedih!Sedih!

Tapi tak siapa yang saya salahkan melainkan diri sendiri..Saya gagal untuk menunjukkan contoh yang terbaik kepada orang sekeliling, saya gagal mengaplikasikan maksud kata-kata Syeikh Nasih al-Ulwan yang berkata
"Tegakkanlah Islam di dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di sekitar kamu".

Malu untuk mengaku sebagai pejuang Islam dengan akhlak sebegini rupa..

Ya Allah, Kau rezekikanlah aku kekuatan agar aku bisa berubah demi deenul Islam tercinta..
Kau terimalah amal ibadatku, ibu bapaku, adik beradikku, saudara-saudaraku muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan yang sudah berlalu, Kau selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iran, China dan di bumi-bumi Islam yang lain. sesungguhnya Kau sebaik-baik sandaran, Kau sebaik-baik pertolongan. Ameen ya Rabb..



No comments:

Post a Comment